Berinteraksi Dengan Kawan

Posted by Padey On Wednesday, May 19, 2010 0 comments

  1. mengadakan kumpulan kecil dapat memberi sokongan sosial untuk mempelajari matematik.
  2. interaksi kumpulan boleh membantu semua ahli kumpulan mempelajari konsep-konsep dan strategi penyelesaian masalah.
  3. pelajar-pelajar boleh memperbincangkan kelebihan penyelesaian-penyelesaian yang dikemukakan.
  4. pelajar-pelajar dalam kumpulan boleh bantu antara satu sama lain untuk menguasai fakta dan prosedur-prosedur pengiraan.
  5. pelajar-pelajar boleh mengatasi masalah yang mencabar yang mungkin di luar keupayaan individu.

  • Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
  • Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
  • Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
  • Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kesahihannya.
  • Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh.