Matematik - PMR

Posted by Padey On 0 comments

Persiapan Diri Sebelum Peperiksaan

  1. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas bagi mengelakkan daripada pelbagai penyakit.
  2. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam bagi mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.
  3. Pastikan anda mendapat makanan yang seimbang seperti susu, syur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Keadaan tenang dan ceria membantu anda berfikir dengan lebih baik.
  5. Banyak bersabar dan berdoa kepada Allah agar usaha kita diberkati-Nya.
Tips Sehari Sebelum Peperiksaan

  1. Pastikan semua peralatan peperikasaan disediakan sepeti pensil, pembaris, pemadam, pen dan kad pengenalan serta slip peperiksaan.
  2. Sentiasa menunaikan solat hajat 2 rakaat dan membaca surah Yassin selepas solat maghrib.
  3. Pastikan keadaan diri berada dalm keadaan tenang.
  4. Sebaik-baiknya anda menunaikan solat subuh berjemaah dengan keluarga supaya mendapat restu dari ibu bapa.
  5. Langkah keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa agar selamat sampai di sekolah sterusnya langkah kaki kanan juga masuk dalam dewan peperiksaan.
 

Panduan Melukis Poligon
Mengenali Bulatan II